Wednesday, September 7, 2011

Setiap perbuatan ada balasannya..


Pada 10 tahun yang lalu, liza merupakan penuntut IPTA di utara tanah air. Liza lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuknya berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak Liza seperti pelajar pandai kerana penampilannya yang cukup sempurna. Tetapi sebenarnya dia adalah pelajar yang lemah.

Liza mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang dia miliki, hanya kerana untuk mendapatkan ramai kawan. Liza tinggal di rumah sewa yang mempunyai 8 orang penyewa yang lain. Tetapi Izah dan Aisyah selalu menjauhkan diri dari Liza tidak seperti housemate nya yang lain. Liza dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka. Lagak Izah dan Aisyah seperti pelajar biasa, pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah. Akhirnya Liza bersama housemate yang lain mengintip mereka berdua.

Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Liza sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Liza telah merakam pergerakan mereka. Kemudian Liza dan housemate nya menyebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Izah dan Aisyah terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana bekerja di kedai dobi.

Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu Liza, akhirnya Liza mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Liza dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Liza sangat sedih. Keluarganya, serta suami, mentua dan kawan-kawan mula menjauh diri dari Liza. Liza sangat tertekan. Jadi dia mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anaknya di tinggalkan kepada pengasuh.

Di sana Allah telah tunjukkan padanya satu ketentuan. Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa Liza supaya berkongsi masalah dengannya. Liza akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalahnya, peniaga terbabit bertanya kepada Liza," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak" kata peniaga itu kepada Liza.

Moral of story : berjaga2 dgn stiap perbuatan kita skrg.. ingat stiap perbuatan pasti ada balasannya.. perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat, pastinya d balas jahat.. kalau ada membuat salah pada orang d sekeliling kita, apalah salahnya memohon maaf.. Dengan Allah, mungkin kita boleh bertaubat dan meminta ampun, kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Tapi dengan manusia, selagi dia tak memaafkan kita, selagi itulah dosa kita tak di ampun..Jangan kerana dosa kita, orang lain menjadi mangsa keadaan..

YaAllah terlalu sukar utk aku memberikan kemaafan.. walaupun aku berusaha ternyata ia terlalu sukar.. lidah ini mampu melafaskan kemaafan tp Engkau Maha mengetahui apa di hati ini YaAllah.. "Tiada kemaafan selamanya krn ia terlalu sakit"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...