Wednesday, July 25, 2012

Perkongsian Dari Hati..

Perkongsian Dari Hati..

Sunday, July 22, 2012

Kanvas putih dihujung pena ~


Kanvas putih dihujung pena..
Titik hitam itu kosong dan bosan..
Kala ia hanya disitu..
Hilang kaku menjadi buntu...

Yang dilihat kini terbina dr sejarah..
Kekuatan, ketabahan mungkin jua semangat...
Sebuah definasi..
Lahir ia dr koleksi-koleksi pengalaman..
Corak carik kehidupan..

Titik hitam dilakar cantik mjd ia sebuah karya indah..
Menari dengan puluhan warna yang menarik...
Digabung dari pelbagai sudut dr pandangan lemah pancaindera..
Dengan lenggokan tari irama suci..
Berhati-hati dalam garisan selari..
Agar ia tdk hilang krn tidak mahu sukar mencari jalan pulang..

Smbg..

p/s : smbg keje opis kembali

~Luv MySelf, Nur~

Thursday, July 19, 2012

Bila saat bertukar hari ~

Alhamdulillah..
Bila saat bertukar hari..
Bila penglhtn mampu meneliti..
Bila ilmu senipis bayang tabah menapisi..
Bila iman selemah hamba gagah menasihati..
Lahir senyum dukir cantik hingga kepipi..
Sabar ku paku agar indah dhati..
Krn iakan sifat yg dkasihi Ilahi..
Yg pasti diri tidakkan rugi..
Dan dunia mereka dunia yg tidak mahu aku ikuti..
Meniti hari demi hari..


~Luv MySelf, Nur~

Kerana Allah swt ~


Berganjaklah sedikit demi sedikit andai tdk mampu berlalu..
Melangkahlah satu persatu andai tdk mampu berlari..
Usaha itu perlu walau ada yg menarik...
Kental itu perlu walau ada yg menggigit..
Sabar walau akn ada hirisan perit..
Luka itu mutiara..
Gugurnya memantulkn jernih pahala..
Bersabarlah krn Dia sentiasa ada..
Susun jemari berbcara pd yg Maha Mengetahui..

InsyaAllah diri...

~Luv MySelf, Nur~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...