Mahligai Kata

  • Sekali kaki melangkah di jalan ALLAh, jangan undur. Biar masa berganti, aqidah jangan mati. Biar zaman berubah, keyakinan pada ALLAh jangan goyah.

     Tarbiyah menjamin istiqamahnya kita di jalan ALLAh!  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Hidup ini, adakalanya seperti awan.
    Tidak selalu putih.

    Ada waktu akan bertukar warna.
    Tiba masanya, awan akan mengeluarkan sesuatu yang tidak dapat dibendung.

    Manusia jarang sekali menikmati keindahan awan. Walaupun awan itu selalu ada di atas. Jarang sekali manusia mahu mendongak. Kalau mendongak pun, akibat cuaca panas yang menyengat. Bila awan menghilang, barulah manusia tersedar. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   
  • Biarkan orang yang membenci. Diam aja dalam bijaksana.

    Orang membenci, kita diam. Tidak bermakna kita lurus bendul dalam kebodohan, tidak bermakna juga kita tiada rasa benci dalam sanubari.

    Tapi kita memilih untuk perasaan sayang. Kerana itu lebih membahagiakan dan mengajar erti kemanusiaan. Juga mengajar erti kehambaan.

    Sebenarnya hidup dan jiwa ini, terlalu singkat dan kecil untuk menanam sifat kebencian terhadap orang lain dalam diri, aite? Sabar lebih membahagiakan.  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~     
  • Kehebatan qalam pada tulisannya,kehebatan pedang pada tajamnya,kehebatan minda pada tumpuannya. 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...