Friday, September 30, 2011

Tidak MUDAH tersenyum... tetp akn terasa INDAH...



Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita 

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya
Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri 

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap ridlo Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya 

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya


~Luv Page kata2-hikmah-ofa~

Sunday, September 18, 2011

Nota angin ~


Hembusan angin melalui sekujub tubuh ini, mencampakkan ayunan minda ini jauh untuk berfikir....
Angin ia tenang dengan ayunan, dengan lenggokan, menari-nari ia riang berlalu... tanpa rehat ia terus menari.. dari satu hembusan sepoi-sepoi ia datang dan pergi, berganti-ganti mengambil giliran bekerja yang ditugaskan sebagi angin ciptaanNya untuk menyejukkan alam maya..
Ia datang dan pergi, ia datang dan pergi berganti-ganti.. melalui setiap pelosok incian kawasan yang mampu dilaluinya dan hilang sedikit demi sedikit dengan redha akan dirinya yg akan hilang... hilang.. dan terus hilang..

Indahkan ciptaan Allah SWT... ia tidak dilihat tapi dirasa.. kewujudan pandangannya melalui tolakkan dan sentuhan manjanya pada kehidupan lain dibumi.. tetapi apa yang pasti sumbangannya terlalu besar pd manusia dan bumi..

Mindaku disapa, mencetus ledokan yg dialami kini agar mengerti.. sedar dan sedar.. kerana akupun sedang bekerja dan telah ditugaskan olehNya sejak mula aku dciptaNya.. hingga kini Ya! aku sedang didalam waktu kerjaku dibumi tiada rehat sebenarnya bukan?.. tugasku dibumi gajiku diakhirat.. jumlah gajiku sedang dihitung dan sedang dikumpul dan dinilai layakkan ku memelikinya..

Pengertian demi pengertian,
Penghayatan demi penghayatan,
Kesedaran demi kesedaran tentang siapa AKU ~


~Luv MySelf, Nur~

Saturday, September 17, 2011

Kabus ~

Kabus itu terlalu tebal, terbentuk atas sebuah sketsa perjalanan,
Melalui itu perlu tetapi ia terlalu sukar,
Cuba mewarnai kaburan agar diri tenang senang melalui,
Mampu lapang membntuk ruang,
Mampu bahagia hiasi ruang,
Tapi apakan dayaku ia masih tebal dan sukar kuhalusi warna-warna yang diberi..
Maafkan aku..



Tapi ku percaya pada janji Ilahi,
Ya laluan itu kini sukar, tertutup dan jua samar,
Yang pasti Dia lebih mengetahui kenapa dan mengapa,
Dia mengetahui apa yang terbaik buat ku pada detik sebelum, kini dan akan datang,
DariNya ada hikmah dan hadiah sedang menanti,
Bersama sabar dan tawakal menemani ibadah ku dibumi,
Dunia bukan kekal abadi,
Segala akan lebur termasuk jasatku ini,
Hakikat itu terlalu jelas akan semuanya pinjaman yg diberi oleh Ilahi..

Sealiran itu hakikt diri bersyukur menadah tangan diatas segala nikmat yang diberi..
Ia dari Ilahi pencipta pemilik diri...


~Luv MySelf, Nur~

Tuesday, September 13, 2011

Jangan disia-siakan air mata mu ~


Rasulullah SAW bersabda, " Ada dua biji mata yg tidak disentuh api neraka, mata yg menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yg menjaga pasukan fisabillah pada waktu malam."

"Antara tujuh golongan manusia yg akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seseorang yg berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT, maka bercucuranlah air mata."


Antara air mata yg tidak dituntut :
  • Janganlah menangis jika cita-citamu tidak kesampaian. Bukankah Tuhan yg telah menentukannya?
  • Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
  • Janganlah menangis ketika cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukan jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis ketika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
  • Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah rezeki itu pemberian dari Tuhan.

Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yg telah melanda diri, segala dosa-dosa yg berupa bintik-bintik hitam yg telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT.

Hati Hebat ~

Puteri-puteri Islam harapan!

Sedarilah satu hakikat besar..., Sesungguhnya perkara yang menjadikan setiap diri wanita Islam istimewa ialah iman mereka yang mendalam terhadap Allah SWT. Dengan iman yang mendalam wanita Islam melihat kehidupan sebagai tempat ujian dan keputusannya akan dibentangkan pada hari penentu yang pasti datang tanpa keraguan. Hakikat tersebut bertepatan maksud firman Allah dalam Surah Al-Mukminun, ayat 115:

 “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) tanpa sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami.”

Puteri-puteri harapan,

Iman itu akan bertapak kukuh di dalam hati, dan sememangnya fitrah iman itu akan tertanam di dalam hati. Dengan yang demikian hati yang ditanami iman akan teguh dan kukuh lagi mantap. Tegasnya hati itu akan menjadi HATI YANG HEBAT! Dengan bertitik tolakkan keadaan ini, wanita Islam akan mengambil hanya Allah Yang Maha Esa dan Yang Maha Tinggi sebagai tempat pergantungan dalam segala urusan. Renungi maksud firman Allah yang berbunyi:

“Tanyakan lagi, siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatu pun yang dapat dilindungi daripada kekuasaanNya? (Jawablah) jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: (segala-galanya) dikuasai Allah. Katakanlah jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?” (QS Al-Mukminun: 88-89)

 Hati yang hebat dan jiwa yang teguh sentiasa diketuk oleh iman mendalam supaya menyedari dalam setiap detik, Allah menyaksikan dan mengetahui apa yang terkandung di lubuk jiwa. Sebuah kisah yang berlaku semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dapat membuktikan hakikat ini, hakikat hati hebat yang penuh diisikan iman mendalam. Hati hebat itu bakal membuahkan keyakinan teguh yang menjamin kebahagian hidup di dunia. Malah Allah janjikan juga kebahagiaan di akhirat kelak.

Puteri-puteriku, begini kisahnya...

Pada suatu malam Khalifah Umar al-Khattab meronda keliling Kota Madinah. Oleh kerana letih, beliau bersandar pada sudut dinding sebuah rumah penjual susu. Tiba-tiba beliau terdengar perbualan dari dalam rumah antara seorang ibu dan anak perempuannya.

Ibu: Berdirilah dan campurkan susu itu dengan air.Anak: Wahai ibu, apakah ibu tidak tahu akan ketegasan Amirul Mukminin sekarang dalam menjalankan perintah?Ibu: Apakah gerangan perintahnya?Anak: Beliau memerintahkan supaya semua penjual susu tidak mencampurkan susu dengan air.Ibu: Wahai anakku, orang ramai telah melanggar perintah itu, engkau pula berada di tempat yang tidak dapat dilihat oleh Khalifah Umar ataupun pembantunya. Oleh sebab itu langgarlah perintah itu.Anak: Ibuku, jika Khalifah Umar tidak mendapat tahu sekalipun, bagaimana dengan Tuhan Umar? Demi Allah saya bukanlah tergolong orang yang mentaatinya di hadapan ramai, tapi mendurhakainya waktu sendirian.

Semua perbualan antara ibu dan anak itu telah didengar oleh Khalifah Umar dari sebalik dinding bersama pembantunya Aslam. Keesokan harinya Khalifah Umar memanggil anak-anak lelakinya dan kemudian berkata:

“Apakah ada di kalangan kamu yang mencari-cari wanita untuk berkahwin dengannya?”

Setelah diketahui anak lelakinya yang bernama Ashim mempunyai hajat demikian, maka Khalifah Umar menghantar utusan untuk meminang anak perempuan penjual susu tersebut.Hasil daripada perkahwinan Ashim dengan anak penjual susu itu, telah Allah kurniakan anak perempuan yang solehah, Laila Umi Ashim. Laila Umi Ashim kemudian dikahwini oleh Abdul Aziz bin Marwan. Daripada pasangan inilah lahirnya Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan ketqwaannya. Ini bermakna Umar bin Abdul Aziz adalah cucu kepada anak penjual susu yang amanah dalam kisah di atas.

Puteri-puteri Islam Harapan!

 Begitulah kesedaran jiwa yang lahir dalam diri seorang muslimah yang mendalam imannya. Kesedaran seperti itulah yang menjadikan hatinya hebat serta kedudukan taqwanya mencapai tahap ikhsan. Ini bermakna dia seolah-olah melihat Allah sentiasa memerhatikannya samaada dalam keadaan terang ataupun tersembunyi.

Puteri-puteriku yang dikasihi dengan kasih sayang Islam,

 Dalam peristiwa anak penjual susu itu kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Allah memberi ganjaran segera dalam kehidupan dunia, lantaran hatinya hebat mengandungi iman yang mendalam. Ganjaran itu jelas terpapar dengan diangkat martabatnya melalui perkahwinan yang mulia, beroleh jodoh dari keturunan yang baik-baik. Meskipun dia hanya anak penjual susu, imannya yang bersih dan hatinya yang hebat telah dapat menarik perhatian Khalifah Umar dan menjodohkan dengan anak lelaki beliau. Khalifah Umar tentunya berkeyakinan bahawa akan lahir zuriat yang baik daripada menantu berhati hebat dengan taqwa yang tinggi.

Puteri-puteriku,

Sekiranya kita bawa hakikat iman mendalam membina hati yang hebat ini menguasai fikiran dan tingkah laku muslimah hari ini, pasti kita mampu menyerukan kebenaran hakiki. Justru itu setiap diri wanita Islam mesti segera mempersiapkan diri demi menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan. Kita mahu wanita yang berhati hebat mampu kembali menghayati Islam sepertimana yang dilaksanakan oleh muslimah generasi awwal yang unggul. Dapat menunaikan hak dan memahami tanggungjawab agama. Hanya dengan kekuatan dan kehebatan demikian sahaja kita akan dapat membina generasi pewaris yang akan membawa rahmat kepada seluruh alam dan umat manusia.



Sebagai penutup, renungi maksud petikan syair Arab berikut:

Tiada sama tumbuhan yang tumbuh di dalam taman,
Dengan tumbuhan yang tumbuh di padang pasir terbiar,
Bolehkah diharap si anak mencapai kesempurnaan,
Jika yang menyusuinya wanita yang liar.


Wallahu’alam.
Ummu Anas.

~Luv Page Haluan~

Monday, September 12, 2011

Tanda sayang Allah SWT ~

Allah tidak zalim kpd hamba-hambaNya. Ujian yg diturunkan kepad hambaNya adalah semata-mata untuk meninggikan darjat seseorang dan Allah SWT ingin memberi pahala yang banyak kepad mereka-mereka yang sabar atas ujian yang menimpa.

Nabi SAW bersabda di dalam hadisnya yg bermaksud,
"Ketahuilah, besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barang siapa yang reda dengan ujian yg menimpa, dia akan memperolehi keredaan Allah dan barang siapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah" (Riwayat al-Tirmidzi)



Ujian bagaikan cubitan sayang dari Allah SWT. Cubitan ini hakikatnya sakit dan pasti seseorg tidak suka dicubit namun bila cubitan itu datang dr orang yang kita kasihi pasti cubitan yang sakit itu menjadi keseronokkan. Seorang suami dicubit oleh isterinya pasti suka kepada cubitan tersebut kerana orang yang mencubitnya ialah orang yang disayangi tetapi bagaimana bila dia dicubit oleh orang yang tidak disayanginya, pasti benci dengan cubitan tersebut. Bergitulah juga bila Allah SWT menurunkan ujian kpd hambaNya, ia cubitan sayang dari Allah SWT. Tetapi mengapa hambaNya tidak suka kepada ujian tersebut? Ini kerana cubitan itu bukan datang dari seseorang yg dia sayang. Inj bermakna bila seseorang marah apabila diuji maka dia sebenarnya tidak menyayangi Allah SWT ~



~Luv Terapi by Salahudin Abdul Razak 2011~

Pelangi kehidupan ~



Ada masa senang hati, tertawa,
ada masa duka, sehingga memanggil airmata.

Mahu diluahkan ke langit, malu mahu mengungkit,
maka ditelan sendiri, merasa yang pahit.

Indah sungguh warna-warni kehidupan,
kerana warna-warna itulah, aku menjadi diriku,
hatta dihambat kesakitan seribu, aku adalah diriku!

Akan sentiasa, selamanya begitu~

~Luv BlogCintaIlahi~

Dengan cambahan pengertian dan kesedaran,
Tentang siapa aku dan siapa Pemilik ku,
Menyemai subur taqwa ku,
Siraman sifat pengertian Bertuhan dan kehambaan..

~Luv MySelf, Nur~

Wednesday, September 7, 2011

Posisi tidur di dalam ISLAM

 
Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:


إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan.

Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap Dr Zafir al-Attar berkata: "Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) Abu Umamah r.a berkata:

lNabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.



Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus

Setiap perbuatan ada balasannya..


Pada 10 tahun yang lalu, liza merupakan penuntut IPTA di utara tanah air. Liza lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuknya berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak Liza seperti pelajar pandai kerana penampilannya yang cukup sempurna. Tetapi sebenarnya dia adalah pelajar yang lemah.

Liza mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang dia miliki, hanya kerana untuk mendapatkan ramai kawan. Liza tinggal di rumah sewa yang mempunyai 8 orang penyewa yang lain. Tetapi Izah dan Aisyah selalu menjauhkan diri dari Liza tidak seperti housemate nya yang lain. Liza dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka. Lagak Izah dan Aisyah seperti pelajar biasa, pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah. Akhirnya Liza bersama housemate yang lain mengintip mereka berdua.

Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Liza sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Liza telah merakam pergerakan mereka. Kemudian Liza dan housemate nya menyebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Izah dan Aisyah terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana bekerja di kedai dobi.

Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu Liza, akhirnya Liza mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Liza dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Liza sangat sedih. Keluarganya, serta suami, mentua dan kawan-kawan mula menjauh diri dari Liza. Liza sangat tertekan. Jadi dia mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anaknya di tinggalkan kepada pengasuh.

Di sana Allah telah tunjukkan padanya satu ketentuan. Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa Liza supaya berkongsi masalah dengannya. Liza akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalahnya, peniaga terbabit bertanya kepada Liza," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak" kata peniaga itu kepada Liza.

Moral of story : berjaga2 dgn stiap perbuatan kita skrg.. ingat stiap perbuatan pasti ada balasannya.. perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat, pastinya d balas jahat.. kalau ada membuat salah pada orang d sekeliling kita, apalah salahnya memohon maaf.. Dengan Allah, mungkin kita boleh bertaubat dan meminta ampun, kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Tapi dengan manusia, selagi dia tak memaafkan kita, selagi itulah dosa kita tak di ampun..Jangan kerana dosa kita, orang lain menjadi mangsa keadaan..

YaAllah terlalu sukar utk aku memberikan kemaafan.. walaupun aku berusaha ternyata ia terlalu sukar.. lidah ini mampu melafaskan kemaafan tp Engkau Maha mengetahui apa di hati ini YaAllah.. "Tiada kemaafan selamanya krn ia terlalu sakit"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...