Wednesday, August 15, 2012

Keperitan NERAKA VS keindahan SYURGA



Semuanya akan disoal, dinilai, ditimbang jua diadili..
Menyeluruh buat makhluk dibumi hatta yang halus ciptaan dari pandangan ini..
Makan, pakai, duit, harta, pekerjaan, perniaga, perhubungan dan sebagainya..
Kejujuran, keadilan, keikhlasan, amanah, taqwa, iman dan sebagainya..
Sejauh mana kita bersedia..
Seberat mana bekalan yg ada..
Mampu bersembunyi sementara jasat masih bernyawa dibumi..
Allah biarkan untuk menguji..
Merasa nikmat dosa yang dilakukan setiap hari..
Meniti sebelum tiba ke destinasi pasti..
Antara keperitan api isi NERAKA dengan keindahan kesempurnaan isi SYURGA…


~Luv MySelf,Nur~

Baiknya TUHAN Kita: Allah Azza Wajalla


Baiknya TUHAN kita..
Di waktu kita lapar..
DIA memberi kita makan.

Baiknya TUHAN kita..

Di waktu kita tidur..
DIA yang menjaga kita.

Baiknya TUHAN kita..

Di waktu kita lupa..
DIA yang mengingatkan.

Baiknya TUHAN kita..

Di waktu kita kesunyian..
DIA yang menghiburkan hati kita.

Baiknya TUHAN kita..

Di waktu kita jauh daripada-Nya..
DIA sentiasa dekat dengan kita.

Di waktu kita kita dekat kepada-Nya..

DIA makin dekat kepada kita.

Siapa TUHAN kita itu?

Katakanlah; Dia adalah ALLAH Azza Wajalla.
..............................................
Apa salahnya giliran kita pula menjadi hamba Terbaik kepada TUHAN kita.
Bagaimana?

Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN

Tinggalkan apa yang dilarangkan TUHAN
BerTasbih, BerTahmid, dan BerTakbir.
Tinggalkan Dosa Besar, dan Kurangkan Dosa Kecil lantas BerIstighfar.
Tingkatkan Kebaikan, dan jauhkah segala Keburukan.

Menadah tangan seraya berdoa; "Ya Allah Ya Rahman, aku hamba Mu yang hina di balik dosa ku kepada Mu, aku mendamba untuk menjadi hamba Mu yang bertaqwa.. maka ampunilah dosa-dosa ku dan bimbinglah aku ke jalan diredhai oleh Mu"


Author: Rezza Khanafiah | at : 9:17 PG | 


Wednesday, July 25, 2012

Perkongsian Dari Hati..

Perkongsian Dari Hati..

Sunday, July 22, 2012

Kanvas putih dihujung pena ~


Kanvas putih dihujung pena..
Titik hitam itu kosong dan bosan..
Kala ia hanya disitu..
Hilang kaku menjadi buntu...

Yang dilihat kini terbina dr sejarah..
Kekuatan, ketabahan mungkin jua semangat...
Sebuah definasi..
Lahir ia dr koleksi-koleksi pengalaman..
Corak carik kehidupan..

Titik hitam dilakar cantik mjd ia sebuah karya indah..
Menari dengan puluhan warna yang menarik...
Digabung dari pelbagai sudut dr pandangan lemah pancaindera..
Dengan lenggokan tari irama suci..
Berhati-hati dalam garisan selari..
Agar ia tdk hilang krn tidak mahu sukar mencari jalan pulang..

Smbg..

p/s : smbg keje opis kembali

~Luv MySelf, Nur~

Thursday, July 19, 2012

Bila saat bertukar hari ~

Alhamdulillah..
Bila saat bertukar hari..
Bila penglhtn mampu meneliti..
Bila ilmu senipis bayang tabah menapisi..
Bila iman selemah hamba gagah menasihati..
Lahir senyum dukir cantik hingga kepipi..
Sabar ku paku agar indah dhati..
Krn iakan sifat yg dkasihi Ilahi..
Yg pasti diri tidakkan rugi..
Dan dunia mereka dunia yg tidak mahu aku ikuti..
Meniti hari demi hari..


~Luv MySelf, Nur~

Kerana Allah swt ~


Berganjaklah sedikit demi sedikit andai tdk mampu berlalu..
Melangkahlah satu persatu andai tdk mampu berlari..
Usaha itu perlu walau ada yg menarik...
Kental itu perlu walau ada yg menggigit..
Sabar walau akn ada hirisan perit..
Luka itu mutiara..
Gugurnya memantulkn jernih pahala..
Bersabarlah krn Dia sentiasa ada..
Susun jemari berbcara pd yg Maha Mengetahui..

InsyaAllah diri...

~Luv MySelf, Nur~

Sunday, May 13, 2012

Bicaralah ~


Bicara pd langit.. putih birumu sungguh indah.. subhanAllah..
Bicara pd ombak.. deruanmu amat menenagkan.. Allahhuakbar..
Bicara pd diri.. kau adalh insan terpilih.. alhamdulillah..
Bicara pd iman.. senyumlah..


(~____^)indah bukan.. (^____~) ♥

~Luv MySelf, Nur~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...